Monday, January 02, 2017

Sumbangan Persediaan Kembali Ke Sekolah Rumah Anak Yatim & Miskin Kediaman Cahaya Ain Bagan Serai
























Sumbangan Persediaan Kembali Ke Sekolah Rumah Anak Yatim & Miskin Kediaman Cahaya Ain Bagan Serai

Alhamdulillah Komuniti Amal Taiping (KaT) baru sahaja selesai sebentar tadi menyampaikan sumbangan berupa Jubah, Tudung, Beg Sekolah, Peralatan Sekolah (stationery) dan Bekas Minuman kepada anak-anak Rumah Anak Yatim & Miskin Kediaman Cahaya Ain Bagan Serai. KaT juga mengaturkan majlis makan tengahari bersama anak-anak ini.

Jubah dan Set Ayam Goreng KFC adalah sumbangaan/tajaan penyumbang tetap KaT, Hamba Allah dari Kulim. Tudung adalah sumbangan/tajaan ahli Kelab Cinta Taiping. Manakala Beg Sekolah, Peralatan Sekolah (stationery) dan Bekas Minuman adalah sumbangan/tajaan penyumbang tetap KaT berbangsa Cina dari Pulau Pinang.


Terima kasih kepada semua penyumbang. KaT hanyalah perangantaraan sahaja.

No comments: