Thursday, January 05, 2017

Alhamdulillah rezeki anak-anak yatim dan anak tahfiz








Alhamdulillah rezeki anak-anak yatim dan anak tahfiz

Rezeki minggu ini dan minggu depan berterusan sama ada melalui Komuniti Amal Taiping (KaT) atau terus kepada penjaga/pengurus rumah-rumah amal ini.

Hari ini KaT mendapat dua sumbangan/tajaan lagi. Dari Hamba Allah Ibu kota dan Hamba Peniaga Gerai Makan Asam Kumbang

In sya Allah kedua-dua sumbangan tersebut akan disalurkan ke Majlis Tahlil dan Bacaan Doa;

(i)  Anak Maahad Tahfiz Kampung Sempeneh Cempaka, dan
(ii)  Anak Yatim Nur Hidayah, Kampung Cheh Bukit Gantang pada hari Khamis malam Jumaat 19 Januari 2016.

Dengan doa semoga para penyumbang ini diberkati-Nya amalan, dipelihara-Nya keselamatan dan kesihatan, dimurahkan-Nya rezeki dan dipermudahkan-Nya segala urusan.

Jamua bermenu berikut diuruskan oleh Rezeki Muhammad Katering (Pn. Nana Zul, 0164330528/whatsapp 01112431721)

Menu
*Nasi Putih
*Ayam Goreng
*Gulai Ikan Masin Nenas
*Timun Sambal Belacan
*Air Mineral

Tuan/puan dialu-alukan untuk menyumbang terus kepada penjaga/pengurus rumah amal ini (rujuk gambar) atau melalui Komuniti Amal Taiping (KaT), Penyelaras Lukman Wan Mat Daud 0195582626 whatsapp.

No comments: