Monday, April 11, 2016

Alhamdulillah walaupun Program Berkongsi Rezeki 4 Rumah Amal kelolaan Komuniti Amal Taiping (KaT) 2016


Alhamdulillah walaupun Program Berkongsi Rezeki 4 Rumah Amal kelolaan Komuniti Amal Taiping (KaT) 2016 pada setiap hari Khamis (Buka puasa/makan malam) dan Ahad (sarapan) ini telah mendapat tajaan sehingga awal Bulan Jun 2016 (sebelum Ramadan),  tuan/puan masih boleh menyumbang pada hari-hari lain selain dari Khamis dan Jumaat.

Juadah-juadah pada 2 minggu terakhir April 2016 ini adalah seperti berikut. Ribuan terima kasih kepada semua penyumbang yang membuat sumbangan melalui KaT.

21 Apr 2016 Khamis Buka Puasa/Makan Malam
Nasi Puteh, Masak Lemak Ayam, Sayur Sawi, Sambal Belacan & Timun
Sumbangan Hamba Allah Qatar (Penyumbang Regular)

22 Apr 2016 Jumaat Buka Puasa/Makan Malam
Set Chicken Chop
Sumbangan Hamba Allah Arab Saudi (Penyumbang Regular)

23 Apr 2016 Sabtu Makan Malam / Tahlil
Nasi Minyak, Ayam Masak Merah & Jelatah
Sumbangan Hamba Allah Bagan Serai

24 Apr 2016 Ahad Sarapan
Nasi Goreng Telur Dadar
Sumbangan Hamba Allah Kulim (Penyumbang Regular)

28 Apr 2016 Khamis Buka Puasa / Makan Malam
Nasi Briayani, Ayam Goreng Rempah, Dalca & Jelatah
Sumbangan Hamba Allah Bukit Merah, Semanggol

Program Berkongsi Rezeki 4 Rumah Amal kelolaan Komuniti Amal Taiping (KaT) 2016

Program ini telah bermula dari awal Januari 2015. Bergantung kepada kemampuan dari sumbangan, program ini diadakan pada setiap hari Khamis (Buka puasa/makan malam) dan Ahad (sarapan). Setakat ini 4 buah rumah amal yang terlibat iaitu.

(i). Asrama Tafiz Anak Yatim & Miskin Amal Nur Qaseh Kpg Pasir Bt 4 Kmtg x 40 penghuni,
(ii). Rumah Anak Yatim & Miskin Kediaman Cahaya Ain Bgn Serai x 20 penghuni
(iii). Rumah Warga Emas (P) Al Ikhlas Rozy x 25 penghuni, dan
(iv). Rumah Warga Emas (L) Aminur Ain Kpg Ekspo Kmtg x 20 penghuni

Jumlah semua penghuni ialah 105 orang

Jumlah sumbangan atau penghantaran makanan tidak ditetapkan. Mereka yang ingin menyumbang boleh menghubungi Penyelaras Komuniti Amal Taiping (KaT), Lukman Wan Mat Daud 019 558 2626 whatsapp/sms

Tuan/puan juga dialu-alukan untuk menyumbang terus / berhubung terus dengan rumah-rumah kebajikan ini.

(i) En Roslan, Asrama Tafiz Kpg Pasir Bt 4, Kamunting 012-543 0322
(ii) Pn Ain, Kediaman Cahaya Ain Bagan Serai 016-504 9564
(iii) Pn Rozi, Rumah Al Ikhlas Rozy Ekspo Kamunting 019-578 7650
(iv) En Rustam, Rumah Amirul Ain Ekspo Kamunting 014-241 0021


*Komuniti Amal Taiping (KaT) bukanlah persatuan. KaT adalah komuniti gabungan individu sebagai pengantaraan amal. KaT tidak mewakili dan tidak terikat dengan mana-mana rumah kebajikan, persatuan atau NGO




No comments: