Saturday, March 19, 2016

Program Seorang Sekotak Tamar untuk 105 orang penghuni Rumah Anak Tahfiz, Anak Yatim & Warga Emas Untuk Ramadan 1437 / 2016




Program Seorang Sekotak Tamar untuk 105 orang penghuni Rumah Anak Tahfiz, Anak Yatim & Warga Emas Untuk Ramadan 1437 / 2016 dibuka sekarang. SASARAN RM 1,050.00. Sekotak RM 10.00

MAKLUMAN 1.

Alhamdulillah Ramadan 1437 / 2016 bakal menjelang. In sya Allah buat kali keempat tahun berturut-turut, Komuniti Amal Taiping (KaT) akan menyelenggarakan

PROGRAM SAHUR & IFTAR KONGSI REZEKI DENGAN ANAK TAHFIZ, ANAK YATIM & WARGA EMAS UNTUK RAMADAN 1437 / 2016

Mereka yang ingin turut serta menyumbang ke dalam program ini boleh berbuat demikian se awal Mei 2016

Buat sementara ini KaT akan melancarkan Program Seorang Sekotak Tamar untuk 105 orang penghuni Rumah Anak Tahfiz, Anak Yatim & Warga Emas Untuk Ramadan 1437 / 2016 dibuka sekarang. SASARAN RM 1,050.00. Sekotak RM 10.00.

Sumbangan tidak dihadkan. Tiada had minimum dan tiada ha maksimum. Sumbangkanlah dengan ikhlas. Sumbangan untuk program ini aklan ditutup apabila telah mencapai sasaran.

Mereka yang ingin menyumbang boleh menghubungi Penyelaras Komuniti Amal Taiping (KaT), Lukman Wan Mat Daud 019 558 2626 whatsapp/sms

MAKLUMAN 2.

Pada masa yang sama masih terdapat satu slot kekosongan Makan Malam / Buka Puasa Sunat dan satu slot Sarapan bagi bulan Jun sebelum Ramadan bermula untuk  Program Berkongsi Rezeki 4 Rumah Amal.

Program Berkongsi Rezeki 4 Rumah Amal kelolaan Komuniti Amal Taiping (KaT) 2016

Program ini telah bermula dari awal Januari 2015. Bergantung kepada kemampuan dari sumbangan, program ini diadakan pada setiap hari Khamis (Buka puasa/makan malam) dan Ahad (sarapan). Setakat ini 4 buah rumah amal yang terlibat iaitu.

(i). Asrama Tafiz Anak Yatim & Miskin Amal Nur Qaseh Kpg Pasir Bt 4 Kmtg x 40 penghuni,
(ii). Rumah Anak Yatim & Miskin Kediaman Cahaya Ain Bgn Serai x 20 penghuni
(iii). Rumah Warga Emas (P) Al Ikhlas Rozy x 25 penghuni, dan
(iv). Rumah Warga Emas (L) Aminur Ain Kpg Ekspo Kmtg x 20 penghuni

Jumlah semua penghuni ialah 105 orang

Jumlah sumbangan atau penghantaran makanan tidak ditetapkan. Mereka yang ingin menyumbang boleh menghubungi Penyelaras Komuniti Amal Taiping (KaT), Lukman Wan Mat Daud 019 558 2626 whatsapp/sms

Tuan/puan juga dialu-alukan untuk menyumbang terus / berhubung terus dengan rumah-rumah kebajikan ini.

(i) En Roslan, Asrama Tafiz Kpg Pasir Bt 4, Kamunting 012-543 0322
(ii) Pn Ain, Kediaman Cahaya Ain Bagan Serai 016-504 9564
(iii) Pn Rozi, Rumah Al Ikhlas Rozy Ekspo Kamunting 019-578 7650
(iv) En Rustam, Rumah Amirul Ain Ekspo Kamunting 014-241 0021


*Komuniti Amal Taiping (KaT) bukanlah persatuan. KaT adalah komuniti gabungan individu sebagai pengantaraan amal. KaT tidak mewakili dan tidak terikat dengan mana-mana rumah kebajikan, persatuan atau NGO

No comments: