Wednesday, January 20, 2016

Alhamdulillah slot Februari 2016 telah penuh ditempah





Alhamdulillah kesemua slot bulan Februari 2016 (penyediaan juadah 2 kali seminggu) telah penuh ditempah. Terima kasih tidak terhingga kepada semua penyumbang. Slot untuk bulan Mac 2016 juga mula ditempah penyumbang.

Program Berkongsi Rezeki 4 Rumah Amal kelolaan Komuniti Amal Taiping (KaT)

Program ini telah bermula kosisten dari Januari 2015 tahun lepas. Tahun sebelumnya secara ad-hoc sahaja, bergantung kepada kemampuan dari sumbangan, program ini diadakan dua kali seminggu pada setiap hari Khamis dan Ahad.. Setakat ini 4 buah rumah amal yang terlibat iaitu.

(i). Asrama Tafiz Anak Yatim & Miskin Amal Nur Qaseh Kpg Pasir Bt 4 Kmtg x 40 penghuni,
(ii). Rumah Anak Yatim & Miskin Kediaman Cahaya Ain Bgn Serai x 20 penghuni
(iii). Rumah Warga Emas (P) Al Ikhlas Rozy x 25 penghuni, dan
(iv). Rumah Warga Emas (L) Aminur Ain Kpg Ekspo Kmtg x 20 penghuni

Jumlah penghuni setakat ii ialah 105 orang

Jumlah sumbangan atau penghantaran makanan tidak ditetapkan. Mereka yang ingin menyumbang boleh menghubungi Penyelaras Komuniti Amal Taiping (KaT), Lukman Wan Mat Daud 019 558 2626 whatsapp/sms

Tuan/puan juga dialu-alukan untuk menyumbang terus / berhubung terus dengan rumah-rumah kebajikan ini.

(i) En Roslan, Asrama Tafiz Kpg Pasir Bt 4, Kamunting 012-543 0322
(ii) Pn Ain, Kediaman Cahaya Ain Bagan Serai 016-504 9564
(iii) Pn Rozi, Rumah Al Ikhlas Rozy Ekspo Kamunting 019-578 7650
(iv) En Rustam, Rumah Amirul Ain Ekspo Kamunting 014-241 0021

*Komuniti Amal Taiping (KaT) bukanlah persatuan. KaT adalah komuniti gabungan individu sebagai pengantaraan amal. KaT tidak mewakili dan tidak terikat dengan mana-mana rumah kebajikan, persatuan atau NGO


No comments: