Saturday, September 05, 2015

Misteri sudah terjawab




Misteri sudah terjawab

Jam sudah 11.00 malam lebih. Aku ditemani Radio Sinar. Sekali-sekala lagu retro melamunkan aku dan memperlahankan tugasan aku di malam hari ini.

Tiba-tiba terbau kewangian dari belakang rumah hingga ke ruang inhouse office aku di bahagian hadapan rumah. Adakah bau ini hanyalah manipulasi otak mengiringi kederaman perut?

Terbau lagi Udang digoreng!

Tidak lama kemudian terdengar tapak kaki melangkah menghampiri pintu inhouse office aku ini.

Muncul di pintu satu lembaga yang amat-amat aku kenali. Lembaga yang selama ini menemani aku tidur.

Lembaga itu menantang sepinggan Nasi Goreng.

Seperti biasa tiada ucapan terima kasih dari mulutku. Tetapi licin-selicinnya di dalam pinggan itulah perut berterima kasih hingga ke hati dari seorang suami kepada isterinya.

No comments: