Monday, September 21, 2015

Cabai Jeruk






Cabai Jeruk 

Selain makan Ketiaw Goreng Kerang dengan Kerang Lebih dan Taugeh Lebih, saya mesti minta Cabai Jeruk Lebih.

Bagaimanapun pilihan hanya Cabai Jeruk dari Caba Besar.

Ada sesiapa yang nak bagi nasihat kebaikan atau keburukan (kesihatan) berkaitan dengan Cabai Jeruk ini?

Cili Jeruk Sedap

Bahan-bahanya

200ml cuka makan 
150ml air 
3 sudu besar gula
3 biji cili padi merah
8 biji cili hijau
1 botol balang kaca  (untuk memerap cili)

Cara-caranya

1. Cili hijau dan cili padi merah di hiris nipis, buangkan bijinya, basuh dan toskan air yang berlebihan.
2. Di dalam periuk satukan cuka makan, air dan gula, masak sehingga mendidih, tutup api dan sejukkan.
3. Setelah air campuran cuka sejuk atau suam baru boleh masukkan cili hijau dan cili padi yang dihiris tadi.
4. Masukkan di dalam botol kaca, dan tutup kemas,  ( dalam masa satu jam cili akan bertukar warna), simpan di dalam peti ais semalaman, ke-esokkanya baru boleh dimakan. Sedap dimakan bersama mi goreng atau bihun goreng, Selamat Mencuba.

- pastikan air bancuhan cuka tadi, tidak panas apabila ingin mencampurkan cili yang dihiris, supaya rasa rangup dan cili akan makin sedap apabila dinikmati nanti.

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

No comments: