Wednesday, April 01, 2015

Kedai Makan Minang baru di Bazar Melayu Taiping





















Kedai Makan Minang baru di Bazar Melayu Taiping

Kedai kecil terletak di antara kedai-kedai pakaian di Bazar Melayu Taiping (menghadap Casual Market, bertentangan dengan Gerai Mee Kombat) ini baru dibuka beberapa minggu lepas. Nama kedai ini Kedai Makan Minang dan Ais Juice, masih belum siap lagi bannernya.

Seperti Kedai Makan Minang yang lain, identiti menu Minang di sini tak lengkap jika tiada Perut Sumbat Telur. Di samping Perut Bulat yang disumbat Telur, kedai ini juga turut menjual Perut Kitab Masak Lemak.

Menu lain yang sinonim dengan Kedai Makan Minang seperti Sambal Merah yang diacukan dengan Ayam Goreng dan Telur Rebus juga tersedia, Begitu Rendang Daging di samping Bergedel.

Terdapat juga Ikan Masak Lemak dan Sayur Bayam.

Hanya yang tiada pada kunjungan saya hari ini ialah Sambal Hijau. Begitu juga dengan Ikan Keli Goreng yang biasanya diacukan dengan Sambal Hijau.

Menurut pemilik kedai ini, menu akan datang ialah Belut Goreng Sambal Hijau.

Melengkapkan lagi gaya Minang, Nasi Puteh yang dibungkus dilapik dengan Daun Pisang. Mungkin kalau bekas berisi Nasi Puteh (termos) itu diganti dengan Bekas Kayu lagi menghidupkan suasan Minang di kedai ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blospot.com

No comments: