Friday, March 13, 2015

Ronda Cari Roti – Puri di Bistro Mohamaad Kamunting













Ronda Cari Roti – Puri di Bistro Mohamaad Kamunting

Kalau diberi pilihan, saya akan memilih Puri di Restoran Nasi Kandar Mohd Kasim Taiping Tetapi Bistro Mohamaad pula berdekatan dengan rumah saya!

Bistro Mohamaad terletak di corner lot deretan rumah kedai bersebelahan kilang cat Sancora Kamunting berdekatan dengan roundabout Silverstone.

Puri di sini tiada piawaian tetap! Ada kalanya hebat. Ada kalanya biasa-biasa sahaja.

Saya suka Puri di sini sebab boleh minta tiga jenis kuah sekali gus iaitu Kuah Ubi, Kuah Dal dan Kuah Sadirn walaupun hanya makan sekeping Puri.

Kalau makan di waktu petang pula, boleh duduk di meja luar bistro ini di tepi jalan. Terasa macam di Rom pula sambil melihat lalu-lintas dan ulang-alik ramai pekerja Bangla serta Nepal di sini.

Link Puri di Restoran Nasi Kandar Mohd Kasim Taiping di sini.

http://orangkeciorangbesar.blogspot.com/

No comments: