Friday, March 06, 2015

Legend Casual Market Taiping








Legend Casual Market Taiping

Seingat-ingat saya semenjak awal 70an, sudah ada Pasembur Kadir, Mee Combat dan Satay Basri di bawah Bangunan Larut Matang (dulu Supermarket Larut Matang). Selain dikenali sebagai Casual Marker atau Hawker Center, ada juga yang mengenali sebagai Casyier Market!

Kalau di sebelah menghadap bazar Cina pula, Gerai Lachikang, ABC dan White. Manakala Ketiaw Doli dan Nasi Ayam Selera Malam [ula di tapak Pasar Malam di antara Bangunan Larut Matang dan Supermarket berhadapanya.

Saya masih ingat lagi di era 70an itu, dengan hanya berbekalkan RM 1.00, saya naik bas dari Kampung Pinang (15 sen), tengok wayang Kung Fu Shaolin (60 sen), kalau ada “kaki” boleh dapat separuh harga tiket wayang. Kemudian saya makan Pasembur Kadir dan Popiah (kini Popiah sudah bertukar tauke). Masih ada baki lagi setelah ditolak tambang bas balik 15 sen.

Kini Pasembur Kadir sudah mula berkembang. Malah sudah ada beberapa cawangan di luar Taiping. Cawangan di AEON Taiping adalah yang terbaru dengan ciri lebih eksklusif!

Biasanya saya hanya memilih Pasembur hanya kadang-kadang tukar menu Rojak Kangkung. Tetapi semalam di Food Court Tesco saya ternampak Menu Rojak!

Saya mengorder Menu Rojak. Tetapi sehingga sekarang saya tertanya apa bezanya dengan Menu Pasembur. Nanti saya tanya  Kadir sendiri, kalau berjumpa dengannya.

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments: