Wednesday, February 04, 2015

Bunga bukan sekuntum, Kumbang bukan seekor


Bunga bukan sekuntum, Kumbang bukan seekor

Teringat "seketika" dulu, aku tercegat di kaunter tiket keretapi. Penjual tiket bertanya - hendak ke mana? Aku terdiam seketika dan bertanya kembali - paling hujung keretapi ini ke mana? KL ! Aku beli tiket KL.

Aku sampai ke KL ketika azan subuh belum melaung. Singgah di Masjid Negara hanya untuk berak dan basahkan ketiak.

Aku melangkah mengikut kaki hingga Petaling Street. Terjumpa Panggung Wayang ! Aku beli tiket Matinee Show 10.00am. Sebelum masuk panggung, beli 2 ketul roti bun perasa vanila dan 1 air kotak teh bunga. Sudah lupa tajuk filem.

Habis filem 11.30 am, aku beli tiket pukul 12.00pm. Sebelum masuk panggung, beli 1 burger ayam balut telur dan 1 air kotak laici. Rupanya aku tersilap beli tiket, terbeli cerita Child's Play. Rasanya 75 % cerita ini aku tonton dengan mata tertutup.

Habis filem 1.30 pm, aku beli tiket pukul 3.00pm. Sudah lupa tajuk filem. Sementara menunggu pukul 3.00pm, aku pergi minum 2 mangkuk air mata kucing di Petaling Street dan beli Apam Balik Garing rasanya 5 atau 4 keping seringgit.

Pukul 4.30 pm, filem habis, Aku jalan kaki ke stesen keretapi. Beli tiket pukul 11.30pm. Dari pukul 8.00pm hingga 10.00pm aku tertidur di atas bangku simen stesen.

Aku sampai Taiping semula jam 3.00am. Telefon member bujang serumah. Pukul 8.00am, telefon boss Kilang Tayar maklum MC.

Nasib baiklah aku nak sembelih ikan pun takut ! Apatah lagi ayam !

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com.

No comments: