Friday, July 04, 2014

Iftar 4 Julai 2014 di Rumah Nurul Iman Kamunting



















Iftar 4 Julai 2014 di Rumah Nurul Iman Kamunting


Alhamdulillah murah rezeki anak-anak yatim dan miskin Rumah Nurul Iman, Kampung Pinang, Kamunting pada masa iftar sebentar tadi hari ini (4 Julai 2014). Menu sahur dan iftar (masakan ala Thai dengan Tom Yam, Ikan Masak 3 Rasa, Sotong Goreng Tepung dan Sayur Campur serta Buah Kurma, Ais Krim, Puding, Donut, Teh Tarik dan Ais Oren) yang ditaja oleh seorang sahabat dari Kuala Lumpur. Tambahan rezeki ialah Nasi Ayam Bungkus, KFC, Kismis dan kuih-muih oleh beberapa penyumbang lain! Bolehlah dimakan selepas Solat Tarawih atau semasa menonton perlawanan bola nanti.

Terima kasih juga dengan kehadiran Ust. Hj. Mat Isa Adam yang memberi tazkirah Ramadhan, seterus mengimani Solat magrib dan juga Sokat Tarawih. Malah kedatangan Ustaz dari Anak Kurau ini dengan sedekah satu bonet kereta buah durian. Ust. Hj. Mat Isa dalam tazkirahnya menyentuh fadhilat puasa, kepentingan ilmu dan keberuntungan anak-anak yatim dan miskin di bulan Ramadhan ini. Ust. Hj. Mat Isa juga menyampaikan duit raya kepada semua 19 orang penghuni Rumah Nurul Iman mewakili sumbangan dari seorang Hamba Allah.

Anda ingin meraikan anak-anak yatim ini? Sertai kami di Iftar Hotel Seri Warisan 14 Julai 2014 Isnin. Anda dikenakan bayaran RM35.00 seorang untuk diri anda sahaja. Bahagian anak-anak yatim telah ditaja.


No comments: