Saturday, June 28, 2014

UPDATE – Sumbangan Ramadhan Rumah Anak Yatim Nurul Iman Kpg Pinang Kamunting











UPDATE – Sumbangan Ramadhan Rumah Anak Yatim Nurul Iman Kpg Pinang Kamunting


Untuk sepanjang bulan ramadhan ini penyumbang boleh menghantar terus sebarang sumbangan ke rumah anak yatim ini terutama barangan makanan mentah kering seperti beras, tepung, gula, susu tin sebagainya. Bagaimanapun untuk makanan dimasak (seperti lauk-pauk, kuih muih dan sebagainya) seeloknya berhubung dahulu dengan penyelaras untuk mengelakkannya dari berlebihan dan pembaziran.

Alhamdulillah rezeki anak-anak yatim hari ini berlimpah-limpah dari pagi hingga petang ini. Hanya Allah sahaja yang boleh membalas kemurahan semua penyumbang ini. Ribuan terima kasih juga kepada penyumbang tikar getah untuk lapik sejadah solat Magrib, Isyak dan Tarawih sepanjang ramadan ini serta insan yang mengunting semua rambut anak-anak yatim ini secara percuma petang tadi.

Lukman Bin Wan Mat Daud
Penyelaras
Tel/sms/whatsup 0195582626



No comments: