Monday, April 01, 2013

Antara Forrest Gump, The Majestic dan My Name Is Khan



Antara Forrest Gump, The Majestic dan My Name Is Khan

Semalam TV2 menayangkan semula filem Forrest Gump dan saya mengikutinya dari awal hingga tamat. Walaupun ada beberapa adengan yang dipotong, saya masih teruja meghayati filem ini. Dalam posting-posting lama di blog OKOB inipun saya kerap menyentuh filem mini.

Sememangnya Tom Hanks adalah pelakon yang saya minati di samping Harisson Ford. Berbeza dengan Jim Carrey dan Shahrukh Khan, di antara pelakon yang saya tidak suka menontonnya jika berlakon dalam filem komedi. Tetapi setelah menonton dua filem bukan genre komedi, The Majestic dan My Name Is Khan, rasa kagum saya kepada dua pelakon komedi mula lahir.

Ada banyak persamaan (kebetulan?) dalam ketiga-tiga filem ini terutama sekali Forrest Gump dan My Name Is Khan.

Filem Forrest Gump (arahan Robert Zerneckisand, 1994) yang berdasarkan novel dengan tajuk Winston Groom, 1986. Tom Hanks berlakon sebagai Forrest Gump, bermula sebagai kanak-kanak yang mengalami kekurangan fizikal dan IQ di Alabama yang kemudiannya membesar serta terlibat dalam beberapa peristiwa bersejarah penting bermula dari kelahiranya 1944 hingga era semasa di filem awal 1980an.

Dalam filem The Majestic (arahan Frank Darabont, 2001), Jim Carrey berlakon sebagai Peter Appleton (era awal 1950an), seorang penulis skrip yang dituduh sebagai kominis melalui tulisannya. Kecewa dengan tduhan ini, Appleton yang memandu keseorangan dan mabuk terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan beliau hilang ingatan (amnesia).

Appleton terlantar di sebuah pecan kecil bernama Lawson yang kebetulan ramai pemuda di situ terbunuh dalam Peperangan Dunia II. Appleton disalah anggap sebagai Luke Trimble, wira yang dilaporkan hilang setelah menyelamatkan beberapa rakannya. Kepulangan Appleton bukan sahaja mengembirakan ayah dan teman wanitanya tetapi turut menceriakan pekan kecil tersebut.

Manakala dalam file My Name Is Khan (arahan Karan Johar, 2010), Shahrukh Khan sebagai Rizwan Khan, seorang OKU yang awalnya tinggal di rumah adiknya, Zakir dan isteri di Amerika Syarikat.

Keunikan Khan ialah boleh memperbaiki sebarang peralatan mekanikal. Khan berkenalan dengan seorang ibu tunggal seorang anak lelaki berugama Hindu dan berkahwin dengannya tanpa sebarang penukaran agama.

Plot cerita berkembang apabila peristiwa 11 September berlaku dan kecurigaan terhadap orang Islam turut mempengaruhi persekolahan anak tiri Khan yang kemudiannya terbunuh dalam satu pergaduhan di sekolah.

Khan kemudian nekad untuk berjumpa dengan Presiden demi memaklumkan beliau bukan pengganas walaupun namanya Khan. Dalam perjalanan ini, Khan terlibat dalam pelbagai peristiwa termasuklah ditahan pihak berkuasa dan membuat kerja amal semasa banjir di Wilhemina, Georgia.


No comments: