Saturday, March 31, 2012

Lontong Makcik Gemuk Jalan Riong


Lontong Makcik Gemuk Jalan Riong

Seminggu dua ini aku asyik teringinkan makan Lontong! Mengalahkan orang perempuan mengidam.

Tiba-tiba aku teringatkan Lontong Makcik Gemuk Jalan Riong pada zaman bergelandangan aku di KL pada pertengahan hingga pengunjung 80an dahulu.

Gerai kecil berhadapan Kilang Rempah Cap Mata (kalau betul ingatan aku!), belakang NST dan tepi TV3 di Bangsar ini sentiasa padat dengan pelanggan di waktu pagi. Gerai ini menu utamanya ialah Nasi Lemak dengan laukpauk tetapnya Ikan Bilis Goreng, Ayam Goreng, Paru Goreng, Sambal Tumis Ikan Bilis, Sambal Tumis Sotong Basah, Sadin, Ayam Masak Merah dan Rendang Daging serta Telur Rebus dan Telur Goreng.

Di samping itu turut terjual Lontong Kuah Masak Lodeh dan Kuah Kacang.

Bersama rakan sewa sebilik di Jalan Tenggiri, kami boleh dikatakan setiap hari bersarapan di sini. Menu pilihan kami ialah Lontong Berlauk. Kalau poket kering (biasanya!) kami hanya mengorder Lontong Kosong iaitu hanya tambahan sebiji Telur Rebus. Kalau poket tebal kami akan “taruk semua yang ada” – dari Paru, Sambal Tumis Ikan Bilis, Sambal Tumis Sotong Basah hinggalah ke Rendang Daging. Ayam Goreng dan Ayam Masak Merah tidak begitu menjadi pilihan untuk dimakan bersama Lontong. Sadin pula hanya khusus dengan Nasi Lemak.

Ada kalanya kalau terdesak, Makcik Gemuk ini dengan senang hati membenarkan kami makan dahulu bayar kemudian!

Hinggalah ke hari ini kalau Orang Tua aku, Mertua aku ataupun Orang Rumah Aku Seorang tu hendak buat Lontong, mesti aku syorkan sekurang-kurang adanya Kuah Kacang dan Sambal Tumis Ikan Biliis mengiringi Kuah Lodeh. Kalau ada Rendang Daging dan Sambal Tumis Sotong itu sudah jadi bonus!

Kini gerai kecil ini sudah lama tiada. Tidak pasti jika ada waris Makcik Gemuk ini yang masih berniaga Lontong.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com


1 comment:

zul said...

emmmm sedapnye lapor pulak aiiii