Monday, January 31, 2011

Suzuki 4x4 SJ Klasik Untuk Dijual



Suzuki 4x4 SJ Klasik Untuk Dijual

Harga tawaran RM 17,000.00 Boleh runding. Berminat telefon terus; Mr. Anthony 012 583 2494.

Lokasi Taiping





Sunday, January 30, 2011

Selamat Datang ke Taiping


Morris Minor Tan Sri Dr Jins Shamsuddin


Morris Minor Tan Sri Dr Jins Shamsuddin

Dulu setiap kali melintas rumah keluarga Tan Sri Dr Jins Shamsuddin di Changkat Jering ini pasti aku akan berhenti seketika untuk melihat dua buah Morris Minor di garage bersebelahan rumah ini.

Tidak pasti di mana perginya dua buah kereta ini sekarang.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Rela jaga Pokok Getah


Rela jaga Pokok Getah

Ini sebenarnya bukan perkara baru. Semasa aku terlibat dalam melatih pemandu-pemandu Jabatan Kesihatan Malaysia mengendalikan Land Rover mereka di Hutan Belum pada awal 2000, aku terserempak timbunan guni getah skrap di tepi satu laluan menuju ke Air Ganda.

Kami memberhentikan kenderaan 4x4 masing-masing dan seorang rakan melawak dengan kata-kata; seguni getap skrap ini berharga hampir RM 200.00 (ketika itu), kalau angkut 10 guni sudah dapat RM 2,000.00!

Bila kami bergerak menghampiri timbunan guni-guni yang berjumlah tidak kurang dari 50 guni ini, tiba-tiba muncul dari celah-celah pokok beberapa orang yang memegang senapang patah.

Rupa-rupanya Orang Asli di Air Ganda ini mengupah Orang Melayu yang memiliki senjata api (Rela?) menjaga Pokok Getah dan Guni Skrap mereka.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Pasar Minggu Changkat Jering Taiping





Pasar Minggu Changkat Jering Taiping

Sudah lama aku tak berkunjung ke Pasar Minggu Changkat Jering Taiping ini. Ianya menjadi nolstagia kepada ramai orang. Emak aku sendiri semasa remajanya sanggup menyimpan sedikit wang dari upah menanam padi sebagai tambang bas dari Batu Kurau untuk ke pasar ini yang jauhnya hampir 50 km. Manakala aruah datuk aku dulu pula sanggup berbasikal dari Batu Kurau untuk ke Air Kuning berjumpa rakannya seorang Guru Silat di sana dan selepas itu pasti mengujungi pasar ini sebelum mengayuh semula basikalnya pulang ke Batu Kurau pada hari yang sama.

Kunjungan aku pada minggu lepas menyaksikan tidak banyak perubahan besar di sini.

Di belakang pasar lama ini sudah terdiri beberapa bangunan kedai dan juga bersebelahannya terdapat sebuah bazaar yang masih lenggang.

Pasar ini masih bermasalah dengan kemudahan tempat letak kereta. Persatuan penjaja di sini sepatutnya mencontohi bagaimana Persatuan Penjaja Uptown di Seksyen 24 Shah Alam. Di Uptown ini persatuannya mempunyai pasukan sendiri mengawal tempat tempat letak kereta dan juga lalulintas. Menariknya penghujung tidak dikenakan bayaran untuk meletak kereta.

Di Pasar Minggu Changkat Jering ini, kebanyakan penjajanya masih orang yang sama seperti 20 tahun dahulu ataupun kini diambil-aleh oleh anak atau saudara mereka jika penjaja asal telah meninggal dunia.

Di sekitar pasar ini juga terdapat tambahan penjaja-penjaja yang turut menjual beberapa barangan.

Ramai penghujung luar termasuk pengguna lebuhraya yang sanggup keluar susur keluar Changkat Jering ini untuk menghujungi pasar ini.

Kunjungan aku juga mendapati harga makanannya tidak semurah dahulu.

Pasar ini mula beroperasi seawal tengahari hari sabtu hingga ke malam dan berakhir tengahari ahad.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Di pasar ini aku terserempak seorang OKU berkerusi roda yang menjual pelbagai jenis stoking dengan harga RM 3.00 untuk 5 pasang. Kegigihannya berdikari amat aku sanjung.