Monday, December 27, 2010

Taiping hari ini, ATV, Bowling, Apom Lenggang Cina, Popiah Ella dan Cendol Ansari










Taiping hari ini, ATV, Bowling, Apom Lenggang Cina, Popiah Ella dan Cendol Ansari

Aku masih bercuti – hingga habis tahun. Ada balance lagi 8 hari Cuti Ganti (cuti ganti kerana kerja/mengajar hujung minggu). Cuti Ganti tak boleh carry forward tahun depan. Lucu juga memikirkan peraturan jabatan yang menetapkan cuti ganti yang diperolehi pada bulan Disember kena dihabiskan pada bulan Disember juga sedangkan cuti ganti hanya boleh di-apply selepas kerja selesai! Nampak gayanya burn le 8 hari Cuti Ganti seperti tahun-tahun sebelum ini juga!

Tak tahu nak ke mana sudah hari ini! Esok lusa aku pula kena "jalan jauh" lagi! Kebetulan sepupu-sepupu anak jantan seorang aku balik ke Taiping (dari Melaka) aku mengajak mereka explore Bandar Taiping hari ini.

Jam Melayu Malaysia di ATV dan Bowling

Kami tiba jam 10.00 am di ATV Adventure Park Larut di Jalan Kaki Bukit Larut. First time aku ke sini. Tertera masa operasi bermula 10.00 am. Bolehlah kami mencuba ATV.

Persekitaran begitu adventure! Pekerja tinggal dalam khemah dan ada yang masih lena semasa kami sampai.

Ada 4 ATV (2 Suzuki dan 2 Econ) tapi dimaklumkan hanya 1 tersedia untuk dicuba manakala yang lain perlu disenggara dahulu. Memandangkan kami berenam (tak kan lah nak buat akrobatik naik 1 ATV dengan 6 orang), kami menukar plan (masing-masing merunggut!) untuk bermain bowling.

Sebelah ATV ini ada Taiping Ekuine Park dan khabarnya ada beberapa ekor kuda lumba pencen. Bila dimaklumkan hanya mereka yang kurang dari 70 kg dibenarkan mencuba, kami membatalkan hajat untuk mencuba maklumlah “tauke dan anak tauke” penganjur lawatan hari beratnya melebihi 70 kg!

Tertera di dinding Plaza Perbandaran menyatakan masa operasi pusat Bowling bermula 10.30 am. Kami tiba hampir jam 11.00 am dan dimaklumkan line masih dicuci. Tak apalah! Dah mengah naik tangga sampai atas sekali biarlah kami tunggu.

Betul-betul Jam Melayu Malaysia!

















Apom Lenggang Cina Plaza Perbandaran

Di Plaza Perbandaran ini di paras bawah sekali terdapat banyak gerai-gerai buah, aksesori wanita, permainan dan kueh-mueh. Hampir kesemuanya dimonopoli oleh Penjaja Cina. Kalau belah petang hingga ke malam baru ada seorang dua Penjaja Makanan Melayu dan India.

Di sini terkenal dengan Apom Lenggang Cina. Bezanya Apom Lenggang Cina apabila sudah siap akan digulung. Manakala Apom Lenggang India (dikenali juga dengan Apom Manis) tidak digulung.

Penjaja Apom ini dulunya menjual di Hawker Center di bawah Bangunan Larut Matang (dahulunya Supermarket Larut Matang). Apabila siap Plaza Perbandaran dan kesemua gerai buah berpindah, Penjual Apom ini turut berpindah.











Popiah Ella dan Pasembur Kadir Bangunan Larut Matang

Menunggukan anak dan sepupunya bermain bowling, aku melangkah ke Bangunan Larut Matang. Alas perut dengan 2 ketul Popiah Basah Ella yang sememangnya favourite aku. Siap beli 20 ketul lagi untuk dibawa-pulang.

Pasembur Kadir baru dalam proses mengoreng tauhu dan cucur. Terserempak dengan anak saudara Kadir yang pernah menjalani practical di bawah aku semasa aku bekerja di kilang tayar dahulu. Anak saudaranya yang berkelulusan diploma kejuruteraan mekanikal ini mengambil keputusan untuk membantu Kadir membesarkan perniagaan pasemburnya yang kini meluas ke Tesco Taiping, Tesco Sungai Petani, Tesco Ipoh (2 cawangan), Slim River dan beberapa tempat lagi. Malah di Taiping, Kadir juga membuka sebuah Kopitiam yang dikenali sebagai Mamak Kopitiam Pasembur Kadir di Tupai sebaris dengan Bank Islam. Di Mamak Kopitiam ini terdapat menu Western di samping Pasembur dan Rojak Kangkung Sotong.
























Cendol Ansari sudah ada Service Drive Thru!

Lepas main bowling kami ke Cendol Ansari. Nasib baik waktu kami tiba masih ada meja kosong. Kemudiannya pelanggan bersesak dan terpaksa berbaris menunggu meja kosong.

Baru aku perasan rupa-rupanya Cendol Ansari ini sudah ada Service Drive Thru! Seorang Pakcik mengorder cendol terus dari Toyota Rush-nya. Kata Pakcik ini, dia selalu order direct dari dalam kereta kalau tempat duduk penuh.

Lain kali kalau tempat duduk penuh, aku juga akan guna Service Drive Thru ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments: