Wednesday, December 08, 2010

Abang punya naik lagi le ari ni!


Abang punya naik lagi le ari ni!

(Masa aku kerja kilang tayar dulu, berselang 3, 4 bulan di waktu pagi akan ada seorang Mamat India Machine Operator ini menunggu aku di tangga menuju ke pejabat. Kebetulan pejabat aku di atas seksyen tempat Mamat India Machine Operator ini bekerja.

Ayat yang sama terpacul dari mulutnya; "Abang punya naik lagi le ari ini!".

Mulanya heran juga aku apa maksud "aku punya naik lagi!" - rupa-rupanya dia maksudkan nombor plat kenderaan aku - 2 kereta dan 2 motor bernombor yang sama.)

Minggu lepas sewaktu orang rumah aku seorang itu singgah ambil majalah di kedai biasa dikunjungi berhampiran Stesen Bas, tiba-tiba Nyonya kedai itu menjerit sambil menunjukkan salinan fax yang baru diterimanya.

"First prize woi! First prize woi!", jerit Mak Nyonya ini.

Pagi esoknya aku pergi basuh kereta dekat Masjid Kamunting, budak-budak India basuh kereta itu punyale kerumun aku sambil menunjukkan suratkhabar Tamil yang tertera nombor nombor 5200 di petak nombor 1!

Tak apalah sebab Mak Nyonya dan Budak Basuh Kereta tak tahu hukum haram.

Petangnya pula bila anak jantan seorang aku itu ke Restoran Wak sebelah Stesen Bas Kamunting dengan motosikal bernombor yang sama juga, ada seorang pakcik yang siap suruh kirim salam kat aku. Dia pesan kat anak aku - tanya bapak beli berapa besar dan berapa kecil! Kehairanan anak jantan seorang aku itu.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Nota kecil:

Sebenarnya akupun "beli nombor" tapi aku beli di kaunter JPJ! Siapa kata beli kereta baru dapat nombor free! Nombor satu angka dan nombor kahwin lagi tinggi harga. Aku hanya beli nombor 5200, itupun RM 300.00 satu nombor!

No comments: