Tuesday, March 23, 2010

Sup Yong Tau Fu



Sup Yong Tau Fu

Biasanya Yong Tau Fu dimakan dengan Sos Cili, Sos Kicap dan Sos Kacang. Pelbagai bahan Yong Tau Fu yang dipilih akan dipotong kecil-kecil dan digaulkan dengan pelbagai pilihan sos ini.

Sebenarnya terdapat banyak tempat juga Yong Tau Fu ini disediakan dengan Kuah Sup. Pelbagai bahan Yong Tau Fu yang dipilih akan dipotong kecil-kecil tetapi tidak akan digaulkan bersama pilihan sos. Sebaliknya bahan-bahan ini dihidang dalam kuah sup. Pelanggan boleh menikmatinya dengan mencelup pilihan pelbagai bahan Yong tau Fu ini ke dalam piring yang berisi sos pilihan.

Rasanya lebih lazat menikmati Yong Tau Fu sebegini. Bagaimanapun lain orang lain citarasanya.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

1 comment:

notti netti said...

sedapnyaaaaaaaaaaaaaa.........