Wednesday, March 17, 2010

Sany Char Koay Teow Penang





Sany Char Koay Teow Penang

Seingat-ingat aku, Sany Char Koay Teow di Penang ini sudah ujud sekitar penghujung 90an. Mungkin lebih awal dari itu. Tapi tak pernah aku mencubanya. Lebih-lebih lagi sebelum ini aku menganggap Char Koay Teow ini tidak dimasak sepenuhnya!

Biras aku yang kerja Proton itu mesti perkena Sany Char Koay Teow ini kalau berada di Penang. Khabarnya ada beberapa cawangan lagi seperti di Tokong Ular, Gurney dan beberapa tempat lain.

Dua minggu lepas aku turun dari kapal terbang di Penang jam 10 malam. Tiba-tiba perut terasa keroncong. Sewaktu melewati Tokong Ular, aku terpandang Warung Sany Char Koay Teow ini seolah-olah mengamit kedatangan aku.

Aku berhenti untuk mencubanya. Pendapat aku? Kira OK le terutama warung ini semata-mata menjual Char Koay Teow tanpa menu-menu lain. Pelanggannya padat dengan jumlah kerusi meja yang banyak!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments: