Thursday, December 03, 2009

Down Memory Lane 1 – Roti Bakar & Telur ½ Masak Masjid Negeri Ipoh






Down Memory Lane 1 – Roti Bakar & Telur ½ Masak Masjid Negeri Ipoh

Entah mengapa semenjak 20 tahun yang lalu kalau aku berada di Ipoh seawal pagi ataupun kebetulan dalam perjalanan melalui Ipoh, aku akan singgah Medan Selera Datuk Sagor bersebelahan Masjid Negeri untuk menikmati Roti Bakar & Telur ½ Masak. Selain dari Kopi-O atau Teh Tarik, di sini juga turut dijual Teh Cina. Kebanyakan Kedai Kopi Thiam Moden sekarang ini sudah tidak lagi menyediakan Teh Cina.

Selain dari Telur ½ Masak yang betul-betul dimasak ½ masak, ada pekedai yang tidak mahir menyediakan Telur ½ Masak menyebabkan ianya hampir mentah dan sudah hampir masak, “Roti Kahwin Bakar” yang disediakan di sini juga menepati citarasa kami 3 beranak. Mungkin tidak seenak Roti Bakar Stesen Keretapi Kluang, di mana Menteganya dibiarkan cair di atas Roti Burger yang panas.

Menambah lagi keenakan bersarapan di sini ialah bilangan dan jenis suratkhabar harian yang disediakan untuk dibaca. Kalau tak silap aku pada setiap hari terdapat dua naskah untuk setiap akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia, Star dan NST tersedia untuk dibaca sambil bersarapan.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments: