Thursday, December 31, 2009

Cendawan Goreng Tepung



Cendawan Goreng Tepung

Gambar-gambar atas ialah Cendawan Goreng Tepung yang dijual di Medan Selera Hijau Kuning UUM ataupun lebih dikenali di kalangan pelajar UUM sebagai Lego.

Harga 10 sen setangkai yang siap digoreng. (Sepiring cendawan seperti dalam gambar di atas ialah RM 1.00). Mengikut pekedai yang menjualnya, beliau membeli cendawan mentah dengan harga sekitar RM 5.00 - 6.00 sekilo.

Manakala gambar-gambar di bawah ialah Cendawan Goreng Tepung yang tersedia untuk digoreng dijual oleh seorang kenalan saya dalam NGO Warga Kilang. Harganya agak tinggi iaitu RM 5.00 untuk sepeket 250 gram. Bagaimanapun rasanya amat lazat tetapi sedikit pedas.

Sebelum ini biasanya dalam peti sejuk di rumah saya tersedia cendawan mentah yang dibeli orang rumah saya dari supermarket. Cendawan ini kemudiannya disalut dengan tepung KFC atau Tempura berserta telur sebelum digoreng. Dengan adanya Cendawan Goreng Tepung ini, lagi mudah untuk menyediakannya. Di rumah saya di Kamunting serta di rumah saya di UUM Sintok sentiasa ada stock menanti untuk digoreng.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Sesiapa yang melalui Tapah, boleh mencuba Cendawan Goreng Tepung Pak Megat di warung berhadapan Balai Polis Tapah. Di sini cendawan mentah hasil tanaman Pak Megat dijual RM 5.00 sekilo. Kalau siap bergoreng, Pak Megat menjualnya RM 6.00 sekilo.




No comments: