Sunday, September 27, 2009

Maafkan kami! Maafkan kami!


Maafkan kami! Maafkan kami!

Agaknya itulah lagu deringan terbaru dari Celcom ekoran dari kegagalan talian mereka 12-jam pada 25-Sept-2009 Khamis lalu.

Ramai pelanggan Celcom menerima mesej permohonan maaf dari Celcom. Aku menunggu juga mesej permohonan maaf dari Tesco yang menghantar sms awal pagi-pagi buta mengiklankan promosi ayam bersih tanpa kepala. Mujurlah semenjak-dua-menjak ini sms dari Tesco yang diterima tidak lagi pada masa sedang nyenyak dilamun mimpi itu.

Aku tidak pasti sama ada sms-sms yang kerap diterima kini dari mana sumbernya. Sms-sms berbentuk periklanan perniagaan ini kadang-kadang entah apa-apa. Ada sekali itu mengiklankan perkhidmatan muat-turun gambar-gambar selebriti yang panas-panas. Panas macamana tak tahu pula aku!

Dua tiga hari sebelum raya dan melarat dua tiga hari selepas raya, sms-sms diterima mencurah-curah pula! Semuanya ucapan menyambut aidilfitri. Entah mengapa kebanyakan pengirim ini tidak menyatakan nama mereka. Macamlah semua nama mereka ini ada dalam simpanan phone book atau in box aku! Sesetengah itu kaki tukar nombor, bulan lepas saja nombor lain, tup-tup bulan ini nombor lain! Kepada student aku awai-awai lagi aku bagi warning, hantar sms tu belajarlah tulis nama. Kalau tak tulis nama macamlah hantar surat tak tandatangan. Itu sudah kira surat layang!. Kalau sms bolehlah dikategorikan sms layang!

Mulanya rajin juga aku balas; Maaf! Siapa ini? Kalau sudah dekat 20 sms, aku delete saja sms itu!

Kalau lengkap dengan nama, memang aku balas balik.

Macamanapun kepada semua pengirim sms-sms itu (dan juga kad-kad raya) aku ”jamakkan” saja ucapan-ucapan sms itu dengan posting kali ini.

”Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.”

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments: