Wednesday, August 12, 2009

Perlukah ada pakej? Perlukah ada ala-carte? Bhg. 2




Perlukah ada pakej? Perlukah ada ala-carte? Bhg. 2

(Aku tidak berapa berahi Laksa! Orang rumah seorang aku itu hari-hari perkena laksa pun boleh. Aku cuma suka laksa yang mak aku buat. Itupun aku akan makan ”berselang tempoh”. Kalau mak masak pagi, aku makan petang. Kalau mak masak petang, aku makan keesokan harinya. Tapi kalau orang rumah aku atau mak mertua aku masak laksa, aku makan juga!)

Bagi aku pakej laksa standard ialah Laksa, Kuah, Timun, Bawang dan Daun Salad. Asam Gelugor dan Bunga Kantan cumalah ramuan kuah. Sekarang Telur Rebus sudah jadi pakej tetap. Orang rumah atau mak mertua aku buat laksa mesti ada Sambal Tumis Tauhu. Belah Bagan Serai pula laksa dimakan dengan Cucur macam Cucur Udang tapi tak ada udang.

Belah Penang mesti ada hirisan nenas. Malah terkenal juga Asam Laksa.

Pakej optional lain ialah hirisan Bunga Kantan (aku mesti kais tepi), Daun Pudina, Pucuk Janggus, Limau Nipis dan Cili Padi. Kalau di Johor ada Kobis (Laksa Johor) dan Laksa Serawak ada Tauge.

Apapun perlu ada pakej standard di mana pakej optional biarlah sendiri suka sendiri ambil!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Khabarnya Ais Kacang Saw Tow Lane di Penang, peniaganya marah kalau hendak kurang ramuannya. Seorang rakan, isterinya merajuk tak mahu minum sebab dia minta tak mahu kacang goreng tapi peniaganya kata; tak mahu jangan makanlah!

(Gambar Ais Kacang di Tesco Extra Seberang Prai – tak sedappun!)

Bhg 1, klik di sini.


No comments: