Wednesday, July 08, 2009

PLUS – jenguk-jenguklah sikit R&R Sungai Perak itu.





PLUS – jenguk-jenguklah sikit R&R Sungai Perak itu.

Kalau yang mengunjungi
blog aku satu lagi, pasti terperasan aku suka sangat tegur PLUS. Sebagai pembayar tol yang mencecah lebih RM 200.00 setiap bulan aku rasa aku berhak menyuarakan pandangan dan teguran membina ini. Bagaimanapun posting aku itu kesemuanya ke arah keselamatan.

Kali ini aku nak tegur PLUS pasai buah potong. Biasanya kalau berperjalanan waktu tengahari, aku akan singgah beli buah potong ini. (Bunyi macam kereta potong pula!). Biasanya aku beli buah Mempelam Muda, Betik dan Tembikai Susu. Merata aku singgah dari perjalanan aku dari Sintok ke KL, di KM 63, sebelum Bertam, R&R Juru, Bukit Gantang dan lain-lain sebelum sampai ke KL. Paling best di KM 63 sebab hentian di sini berhadapan sawah bendang!

Bulan lepas aku singgah R&R Sungai Perak (menghala ke Selatan). Biasanya aku tak pernah singgah di sini sebab baru mula perjalanan dari Taiping. Sewaktu mengambil plastik buah potong dari bekas bertutup lutsinar itu aku perasan jumlah potongan-potongan kecil Mempelam Muda itu lebih sedikit kalau dibandingkan di hentian lain. Rupa-rupanya di R&R Sungai Perak ini semua buah-buahan potongnya dijual dengan harga RM 2.00 sebungkus. Sedangkan di tempat-tempat hentian dan R&R lain dijual hanya dengan harga RM 1.00 sebungkus!

Kalau beli sebungkus buah potong yang berharga RM 2.00 sebungkuspun di R&R Sungai Perak ini belum tentu sama kandungannya dengan sebungkus RM 1.00 di hentian lain, malah kurang rasanya.

Adakah kerana hendak menampung kos sewa yang mungkin meningkat kerana R&R Sungai Perak ini baru dinaiktarafkan menyebabkan peniaga-peniaga di sini menjualnya dengan harga RM 2.00 sebungkus? Ataupun di luar pengetahuan pihak PLUS.

Apa yang sangat membengangkan aku ialah tiada tanda harga yang diletakkan oleh peniaga-peniaga ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments: