Tuesday, July 28, 2009

Jom keluar minum 3. Rojak Buah Irene di Taiping
















Jom keluar minum 3. Rojak Buah Irene di Taiping

Rasanya Rojak Buah yang paling sedap aku makan ialah Apek Motor Roda Tiga dekat Stesen Monorail Chow Kit KL itu (berhampiran Bormas). Rojak Apek ini ada Kuih Cakui macam Rojak Buah di Chai Leng Park. Tapi Kuih Cakui Rojak Buah Chai Leng Park ini keras sikit.

Rojak Buah Irene (tambahan Sotong Lembik) di Taiping ini jatuh nombor dua. Tapi Makcik-makcik dan Kakcik-kakcik di Taiping ini terutama Cina memang kerumun habis Kedai Irene Fruit Stall ini.

Memang kalau pompuan tu pompuan juga. Ingat-ingat aku tak pernah jumpa pompuan yang tak suka Laksa. Di Irene ini ada pasangan suami-isteri Melayu yang jual Laksa. Sebelahnya pula Nonya jual Porridge, Bubur Ca Ca dan Gamdum serta Talam Keladi.

Dibuka seawal 10 pagi hingga 3 petang dan ditutup pada hari Sabtu dan Ahad.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments: