Tuesday, July 21, 2009

Hujung minggu dengan Bubur Ca Ca



Hujung minggu dengan Bubur Ca Ca

Hujung minggu baru-baru ini orang rumah seorang aku itu sibuk di dapur. Buat apa pula ni? Tak kan masak sphagetti lagi.

Rupa-rupanya dia masak Bubur Ca Ca.

Aku dan anak jantan seorang aku itu tak berapa berahi Bubur Ca Ca ini. Kalau Bubur Gandum memang aku berdua sapu licin. Kadang-kadang kami beli di Pasar Malam. Tetapi bila orang rumah aku memerangkap ibu kepada anak jantan seorang aku itu masak makanan, kami berdua makan juga.

Teringat pesan boss aku En. Jamil (bukan En. Jamil Madu Tiga tu!), kalau kenyang macamanapun makan dengan kawan-kawan di luar, balik rumah kalau bini masak mesti makan juga. Kalau boleh makan banyak! Itulah pesan boss aku dulu!

Sebenarnya Bubur Ca Ca ini ini mengingatkan aku gerai-gerai bawah Supermarket Larut Matang sebelah taxi stand di Taiping. Kedudukannya bersebelahan Stesen Bas seketika dulu memang strategik untuk tempat membasah tekak sambil menjamu mata. Di sini juga terkenal dengan ABC, Lai Chi Kang (dengan Telur Puyuh), White (Air Jagung dengan Gula Puteh) dan Black (Gula Hitam). Diminum pula dengan Rojak Buah dan Laksa!

Gerai-gerai ini masih ada tetapi Supermarket Larut Matang dan Stesen Bas telah menjadi sejarah.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments: