Tuesday, April 14, 2009

Maaf, kami sibuk!

Maaf, kami sibuk!

Biasanya kalau aku buat program hujung minggu ramai yang nak join. Buatlah program apapun berebut nak join. Kalau lama tak buat, mulalah dok menelefon dan me-sms bertanyakan bila lagi nak buat program.

Tapi dua, tiga minggu lepas ‘anak-anak buah” aku semua jual mahal.

“Sori Pak Ngah, kami sibuk!”, bila aku pelawa anak menakan ikut aku panjat Bukit Larut.

“Maaf bang, kami sibuk!”, bila aku war-war nak ajak geng motor offroad cuba “cubcross”.

“Tak bolehlah ayah, ada lawan futsal minggu ini!”, bila aku ajak anak jantan seorang aku itu naik basikal.

“Minggu depan macamana? Rasanya ayah nak berkayuh sampai Batu Kurau.”

‘Minggu depan paintball. Minggu sekali lagi lak ada bowling.”

Semuanya sibuk. Anak menakan, geng malah anak jantan seorang aku itu pun sibuk.

Rupa-rupanya sibuk ada “makna”!

Lawan futsal sudahlah free, ada makan-minum lagi. Siap hadiah lagi beb! Ada pula perasmi taraf menteri datang. Paintball dan bowling sebelum ini jenuh menabung duit kalau nak main tiba-tiba free. Manakan tidak semua anak menakan, geng malah anak jantan seorang aku itu pun sibuk.

Nasib baiklah hujung minggu baru-baru ini sudah tidak ada lagi program-program free ini. Bolehlah aku berkayuh semula dengan anak jantan seorang aku itu.

Kalau ada pilihanraya lagi, mati kutulah aku buat program seorang-seorang!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

1 comment:

麻辣火鍋Fay said...
This comment has been removed by a blog administrator.