Wednesday, February 25, 2009

Tips balik lewat malam



Semasa pertama kali biras aku yang kerja Proton tu melawat rumah aku di Kamunting ini dia senyum melerek.

Aku tanya mengapa. Dia kata apa motif utama aku buat bilik bacaan merangkap pejabat yang berhubung dengan bilik tidur utama dan ada lagi satu pintu keluar ke laman luar.

Aku jawab untuk mudah terima pelawat atau pelanggan (kalau ada business masa depan) dan tak payah masuk ke dalam rumah.

Dia senyum panjang. Bukan senang nak keluar malam, tanyanya lagi.

Aku ada seorang rakan baik yang hobinya keluar malam. Satu amalan dari zaman bujang yang tak dapat ditinggalkannya.

(Aku? Kalau aku keluar malam akan aku angkut anak jantan seorang aku itu dan isteri aku seorang itu. Biasanya kami keluar malam apabila hujung minggu ataupun semasa outsation.)

Jadi banyaklah tips-tips keluar malam yang ”diajar”nya kepada ku. Sebentar tadi aku ”terlawat” dalam
blog ini dan mendapati semua tips-tips yang pernah dengar dari rakan ini tertulis dalam blog ini. Sehingga aku merasakan blogger ini adalah rakan aku.

Cuma ada beberapa tips yang tertinggal. Antaranya ialah;

1. Matikan enjin kereta sebelum sampai pintu pagar. Buka pintu pagar pelan-pelan dan tolak kereta itu.

2. Masuk bilik tidur pelan-pelan. Salin baju dan pergi tidur depan tv. Esok kalau bini tanya pukul berapa abang balik. Cakap balik awai kemudian tengok bola (Astro) sampai tertidur.

Banyaklah lagi tips, ada masa aku cerita lain kali.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Tetapi ingat! Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah juga.


No comments: