Monday, August 04, 2008

Pot baru di Tapah







Pot baru di Tapah

Biasanya kalau di Tapah aku makan Ikan Bakar di Gerai No. 2 berhadapan masjid di Pekan Tapah. Kalau makan dengan “in-charge” Peronda Plus, dia belanja gerai paling tepi dengan masjid, juga ikan bakar.

Ramai yang singgah di sini. Geng marketing kilang tayar di Taiping (Kamal dan Zainuddin) mesti singgah sini kalau lalu Tapah.

Baru-baru ini member di Tapah bawa aku makan di Gerai De’Sya Nasi Campur yang terletak selepas sekolah menengah kalau datang dari susur keluar lebuhraya. Lebihkurang 1 km dari rumah tol. Gerai ini terletak di sebelah kiri berseberang jalan dengan Gerai Intan Tom Yam. Penunjuk jalan yang lain ialah Papan Tanda JBA.

Gerai yang dimiliki oleh En. Mohd Desa ini menyediakan lebih 50 hidangan lauk-pauk, gulai, kari dan rendang termasuk udang, sotong, kerang, ketam dan lala. Hidangan lain ialah Ikan Bakar dan Air Asam seperti Pari, Kembung, Cencaru dan Keli. Terdapat juga ulam-ulaman dengan pelbagai sambal dan set Pecal.

Gambar;

1. Aneka Gulai, Kari dan Rendang
2. Aneka Lauk-pauk Ayam dan Daging
3. Aneka Sayur-sayuran
4. Udang, Sotong, Kerang, Ketam dan Lala
5. Ikan Bakar; Pari, Kembung, Cencaru dan Keli
6. Aneka Ulaman
7. Pecal.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments: