Tuesday, August 26, 2008

Hospital Colombia Asia, Taiping

Hospital Colombia Asia, Taiping

Isnin lepas, 25 Ogos 2008 Hospital Colombia Asia, di Taiping dibuka dengan rasminya di No 5, Jalan Perwira, 34000 Taiping, Perak Tel: 05 820 8888 berhampiran Jalan Istana Larut selepas Tesco/Taiping Sentral.

Awal 2000an dahulu, berberapa pihak pengurusan industri perkilangan di Taiping dan Kamunting melalui berberapa persatuan perkilangan telah mencadangkan dan merayu kepada dua industri perhospitalan yang terkemuka di Malaysia agar membina cawangannya di Taiping tetapi keduaa-dua mereka ini lebih berminat kepada tumpuan majoriti warga yang berkemampuan seperti di Ipoh jika dibandingkan di Taiping.

Syukur adanya Syarikat Colombia Asia yang sebelum ini telahpun membuka berberapa cawangannya di Balakong, Bukit Rimau, Kota Damansara, Nusajaya, Puchong, Seremban, Shah Alam, Setapak, Bintulu, Miri dan terbaru di Taiping.

Semoga syarikat ini juga mengutamakan keprihatinan mereka terhadap “social responsibilities” lebih daripada berasaskan keuntungan.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

No comments: