Tuesday, April 01, 2008

Kalaulah ada Sukma Acara Motor


Sudah tentu Perak akan jadi johan.

Semasa akhir 80an dan awal serta pertengahan 90an dahulu, ramai anak-anak muda dari Ipoh yang menempah nama dalam bidang perlumbaan motosikal. Ketika akhir 80an itu aku mula berjinak-jinak di hujung minggu di trek Batu 3 Shah Alam. Kelibat S. Megananthan, Sharum Nizam (Boy), Afendy Zainan Non, Yusof (Azman) dan beberapa orang lagi sentiasa di dalam trek. Mereka ini sanggup menunggang dari Ipoh dan berlumba dengan motosikal yang sama di atas trek itu pada keesokan harinya.

Perlumbaan Shell Search for Champion dan Shell Endurance Race umpamanya ada di antara mereka yang memasuki acara superbike. Disebabkan kekangan kewangan, ketika pelumba lain berhenti di pit menukar tayar, mereka hanya mencurah air untuk membasahkan tayar!

Ketika itu ramai yang membantu dari segi kewangan dan sokongan moral, nama-nama seperti Muhammad Taba (Endut Sate), Zulkifli (Zul Bank) dan lain-lain lagi tidak dapat kami lupakan.

Wazi pula generasi terlewat sikit. Tetapi kemunculannya sinonim dengan cub prix sehinggakan digelar “Cub Cai King” semasa berlumba dengan Pasukan Suzuki, walaupun S. Megananthan, juara tiga kali Cib Prix yang betul-betul menaikkan nama Suzuki.

Kini, generasi Ipoh ini diambil-aleh oleh anak muda dari Taiping. Kemunculan Ahmad Fazli Sham dan adiknya, Ahmad Fazrul Sham amat membanggakan. Pada waktu sama kehadiran Faiz, Rafique, dan beberapa nama lagi menunjukkan anak-anak muda Perak (sudah tentu Taiping!) ini bakal mempunyai skuad perlapis untuk tempoh yang agak panjang.

Tugas aku pula ialah memastikan mereka ini dapat berlumba dengan selamat di atas trek.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Caption photo;
Gambar atas, Wazi ketika zaman kegemilangannya. Bersama Wazi ialah Tan Sri Ahmad Yom, Presiden Kelab Motor DiRaja Perak dan kanan ialah Setiausaha Kehormat, Mr. Douglas Choong. Di belakang Wazi ialah Penolong Setiausaha, Lukman Wan Mat Daud.
Gambar bawah, Ahmad Fazrul Sham (tengah) yang menjuarai Pusingan Pertama Cub Prix Taiping Ahad lepas.


Nota: Sukma adalah SUKAN MALAYSIA, yang dipertandingan di antara negeri-negeri.

No comments: