Wednesday, March 19, 2008

30 tahun menunggu saat ini


Ketika anak bujang aku tu mula boleh berjalan dengan gaya ala komando (merangkak la!), dia mempunyai hobi ”gatal tangan”. Habis semua dinding rumah aku dicontengnya. Nasib baik rumah sewa! Tak cukup dinding, pintu bilik, lantai malah tv pun dicontengnya.

Orang ramah marah-marah. Ada ketikanya dia hendak jentik tangan anak bujang aku tu (anak kami la!). Aku kata, jangan! Sudah lebih 30 tahun abang tunggu saat-saat ini.

Bagi aku kalau anak seawal tiga, empat tahun menconteng dinding itu perkara biasa. Kalau umur belum setahun tapi pandai menconteng itu luar biasa. Kalau sudah sekolah tapi masih menconteng itu ”luar kebiasaan”!

Tapi gambar di atas, anak aku lukis di papan puteh dalam pejabat aku.

Berikut siratan yang hampir sama.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Realiti kehidupan

Disiratkan asal pada 4-Mar-2008,
http://thejourney.weblog.uum.edu.my/

Semasa saya mengikuti Kursus Program Pensijilan Pengajaran dan Pembelajaran IPT untuk tujuan pengesahan jawatan saya pada bulan Disember lalu, antara tajuk kursus ialah ”Kemahiran Kaunseling” dan “Psikologi Pengajaran dan Pembelajaran Di IPT”.

Tenaga pengajar yang terlibat menyarankan agar para peserta supaya meminta anak masing-masing melukis gambaran perhubungan sesama ahli keluarga, keadaan rumah dan persekitaran. Saranan ini juga berdasarkan suatu kajian yang telah dibuat oleh sebuah universiti di Indonesia di mana terdapat pelajar-pelajar dari UUM yang mengikuti kajian psikologi di sana.

Apa yang dilukis oleh anak-anak ini akan mengambarkan ciri-ciri permahaman mereka terhadap “keeratan” atau “kelonggaran” perhubungan sesama ahli keluarga, kemesraan dan keharmonian semasa di rumah dan di persekitaran.

Mengikut kajian (seperti yang dibuat), kemesraan dan keharmonian yang digambarkan dalam lukisan adalah realiti kehidupan sebenar yang dialami (dan dikehendaki) oleh anak-anak ini.

Ibubapa perlu berbuat sesuatu jika anak mereka melukis kedudukan ahli keluarga yang tidak setempat (berada jauh di antara satu sama lain), persekitaran yang tidak ada matahari dan mimik muka yang bersedih.

Lukisan yang di atas telah dilukis oleh anak lelaki saya, dan saya pasti (setakat ini) itulah kemesraan dan keharmonian kami tiga beranak. Semoga kemesraan dan keharmonian ini berkekalan. Insya-Allah. Amin.

lukmanw@uum.edu.my
http://thejourney.weblog.uum.edu.my

No comments: